Trip to UEFA bersama Bank Islam

Trip to UEFA bersama Bank Islam

MAJLIS pelancaran kempen kad kredit-i Bank Islam Mastercard Trip To EUFA 2023 di Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) me­lancarkan kempen Trip to UEFA 2023 yang memberi peluang kepada pemegang kad kredit-i Bank Islam Mastercard menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA di Turkiye.

Menurut Bank Islam, pelanggan boleh menyertai kempen itu apabila mereka berbelanja menggunakan kad tersebut sepanjang tempoh kempen sehingga 30 April ini.

“Hadiah utama terdiri daripada dua tiket ke perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA, dua tiket penerbangan pergi-balik ke Türkiye, penginapan mewah selama 4 hari 3 malam dan elaun bernilai AS$250 (RM1,100).

“Sementara itu, hadiah sagu hati termasuk barangan eksklusif bertemakan UEFA, mata ganjaran TruPoints sehingga 30,000 dan baucar Adidas,” katanya dalam kenyataan.

Pelanggan layak menerima satu kelayakan untuk setiap pembelian runcit atau dalam talian bernilai RM100 dan dua kelayakan untuk setiap RM100 yang dibelanjakan di luar negara.

Sebagai tambahan, pelanggan baharu yang memohon dan mengaktifkan kad kredit tersebut dalam tempoh kempen, layak mendapat tiga kelayakan.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan-Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata, penganjuran kempen bertujuan menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan Bank Islam terhadap produk dan perkhidmatannya selama ini.

Kata beliau, kaedah pembayaran tanpa tunai kini menjadi pilihan pe­langgan kerana transaksi yang lebih mudah, cepat dan selamat.

“Penganjuran kempen ini akan menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai, sekali gus memacu penerimaan pembayaran digital. Ia akan turut menyokong aspirasi negara ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai.

“Justeru, kami ingin menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pelanggan setiap kali mereka berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard. Lebih banyak bayaran menggunakan kad ini, peluang untuk memenangi hadiah akan lebih tinggi. Para pemenang kempen akan diumumkan dalam bulan Mei 2023,” katanya.

Tambah beliau, Bank Islam akan terus menganjurkan pelbagai kempen menarik dan relevan untuk manfaat pelanggan setianya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×