PETALING JAYA: Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Februari lalu, mencatatkan peningkatan 14.7 peratus kepada RM134.3 bilion, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mengatasi subsektor lain dengan peningkatan sebanyak 19.2 peratus atau RM9.4 bilion kepada RM58.2 bilion. Beliau berkata, kenderaan bermotor juga berkembang sebanyak 36.1 peratus atau RM4.5 bilion kepada RM16.9 bilion,…










