PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM145.2 bilion pada Februari 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagi tempoh dua bulan tahun ini, nilai jualan sektor pembuatan meningkat sebanyak 8.3 peratus kepada RM293.2 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu dengan bilangan pekerja bertambah 3.3 peratus kepada 2.35 juta orang. Gaji dan upah pula meningkat 4.3 peratus kepada RM16.3 bilion, manakala nilai jualan setiap pekerja tumbuh 4.9 peratus berjumlah RM124,780. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, peningkatan disumbangkan oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya