Nik Airina Pengarah Urusan baharu PLUS

Nik Airina Pengarah Urusan baharu PLUS

NIK AIRINA NIK JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pelantik Datuk Nik Airina Nik Jaffar sebagai Pengarah Urusan (MD) baharunya berkuat kuasa 1 Mei 2023.

Nik Airina telah berkhidmat dengan PLUS selama 10 tahun dari 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 2006.

Pada 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Opus Group Berhad dan kini merupakan kini Pengarah Urusan UEM Builders Berhad serta Pengarah Projek Khas & Kewangan Korporat di UEM Group Berhad.

Nik Airina mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri infrastruktur pengangkutan dan penjagaan kesihatan, setelah terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan dan operasi projek infrastruktur utama di rantau ini.

Beberapa projek utama yang pernah diceburinya termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Projek Sambungan LRT dan Lebuhraya Cikopo-Palimanan di Indonesia.

Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif. Berkata, dengan pengalaman luas Nik Airina dalam menerajui pelbagai perniagaan dan kepakaran dalam operasi rangkaian lebuh raya dan pengurusan aset serta kedudukan dalam industri, pihaknya yakin beliau akan terus mengemudi PLUS dalam mencapai matlamat dan objektifnya.

“Antaranya adalah untuk memastikan kemampanan perniagaan jangka panjang, pengurusan pihak berkepentingan strategik dan operasi dan tahap perkhidmatan yang cekap untuk pengguna kami,” katanya dalam kenyataan.

Nik Airina berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam dari University of Miami, Florida dan kini menganggotai lembaga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya