PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dikatakan bakal melantik Datuk Nik Airina Nik Jaafar sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu. Memetik laporan The Edge, menurut sumber, Nik Airina yang merupakan Pengarah Projek Khas dan Kewangan Korporat UEM Group Bhd akan menggantikan Datuk Azman Ismail yang meninggalkan PLUS akhir Disember tahun lalu selepas tempoh perkhidmatan beliau tamat. Nik Airina juga merupakan Pengarah Urusan UEM Builders Bhd dan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS Expressway Bhd. Beliau berpengalaman hampir 30 tahun di dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan infrastruktur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya