KPJ Healthcare, Samsung jalin kerjasama strategik

KPJ Healthcare, Samsung jalin kerjasama strategik

MAJLIS pemeteraian kerjasama strategik antara Smasung Electronics dan KPJ Healthcare.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Samsung Electronics Co., Ltd. (Samsung) dan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) menjalin kerjasama strategik untuk memajukan ‘Precision Medicine’ dan diagnostik di Malaysia.

Precision medicine menyediakan rawatan perubatan khas mengikut ciri-ciri individu setiap pesakit, berpotensi untuk mengubah penjagaan kesihatan dengan meningkatkan hasil keputusan pesakit, mengurangkan kos penjagaan kesihatan, dan membolehkan pembangunan ubat dan rawatan yang lebih berkesan.

Dengan diagnostik pengimejan berteknologi tinggi dan kecergasan buatan (AI) yang penting dalam precision medicine, ia membolehkan pihak penjagaan kesihatan mengenal pasti ciri genetik, molekul dan sel setiap pesakit secara individu dan menyesuaikan rawatan dengan sewajarnya.

Majlis menandatangani ker­jasama dibuat oleh EVP Korprat, Ketua Perniagaan Kesihatan dan Peralatan Perubatan Samsung Electronis, YK Kim; Pegawai Pemimpin KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammed dan Pengarah Urusan LAC Medical Supplies Sdn. Bhd., YP Liew di Kuala Lumpur, kelmarin. Ia disaksikan oleh Pengerusi KPJ Healthcare, Datuk Md. Arif Mahmood.

Norhaizam berkata, KPJ Healthcare komited untuk menyediakan penjagaan yang terbaik kepada pesakit-pesakit.

“Kami percaya bahawa precision medicine dan diagnostik adalah penting untuk mencapai matlamat ini, dan kami gembira dapat bekerjasama dengan Samsung untuk memajukan pembangunan dan penggunaan teknologi ini di Malaysia.”

Kim pula berkata, samsung komited untuk menyediakan KPJ Healthcare dengan produk-produk unggul dan penyelesaian yang inovatif.

Menurut KPJ Healthcare, kerjasama juga tertumpu kepada pengaksesan kepada pelbagai manfaat penjagaan kesihatan termasuk pemindahan teknologi dan pengurusan kitaran hayat peralatan perubatan melalui model perolehan yang inovatif.

Ia membolehkan KPJ Healthcare mengakses tek­nologi terkini dan kekal mendahului carta dalam penjagaan kesihatan digital.

“Selain itu, kerjasama ini akan meneroka keupayaan sistem pelaporan kawalan jauh dan penyelesaian hospital pintar untuk pusat penjagaan ambulatori dan projek hospital baru yang akan datang.

“Dengan memanfaatkan teknologi diagnostik AI dan analisis data, KPJ Healthcare menyasarkan untuk menambah baik penjagaan pesakit melalui sistem penyatuan pesakit luar, penggunaan teleperubatan intra-hospital, pusat inovasi klinikal dan pemba­ngunan Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang moden.

“(Ia) disokong oleh bahagian pendidikan Kumpulan, KPJ Healthcare University College (KPJUC) di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikannya.

“Kerjasama ini adalah selaras dengan agenda nasional Malaysia dalam precision medicine dan aspirasinya untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×