Johor Port sumbang kelengkapan sekolah

Johor Port sumbang kelengkapan sekolah

PENGAGIHAN bantuan kewangan dan barang kelengkapan sekolah sumbangan Johor Port kepada SK Kampung Pasir Putih pada 28 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), `Program Jom Ke Sekolah’ dengan menyumbang peralatan sekolah dan bantuan kewangan kepada 100 murid Sekolah Kebangsaan Taman Cendana dan Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Putih, baru-baru ini.

Program bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah.

Bantuan kewangan dan beg sekolah serta bekalan alat tulis serba baharu itu dapat membantu para pelajar untuk memulakan tahun akademik baharu mereka dengan yakin.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md Derick Basir dalam kenyataan berkata, syarikat berharap agar sumbangan yang diberikan melalui program itu dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

“Kami memahami keperluan persekolahan adalah penting bukan sahaja dapat membantu mereka kekal di sekolah, tetapi dapat menambah baik prestasi pembelajaran mereka.

“Sumbangan yang diberikan ini dapat membantu me­nambah baik kualiti kehidupan anak muda dan mengukuhkan lagi hubu­ngan baik dengan masyarakat,” ujarnya, sambil menekankan bahawa inisiatif itu juga secara tidak langsung dapat memastikan pelajar kurang berkemampuan tidak ketinggalan.

Inisiatif CSR yang dijalankan oleh Johor Port itu turut menyumbang dan membantu masyarakat khususnya yang berhampiran Johor Port, demi ke­langsungan pertumbuhan sosio-ekonomi setempat.

Johor Port sentiasa membantu para pelajar kurang berkemampuan dan setakat ini telah menyumbangkan kepada banyak sekolah terutamanya di sekitar Pasir Gudang melalui ‘Program Jom Ke Sekolah’ sejak 2018.

“Sebagai sebuah organisasi yang prihatin, Johor Port akan kekal komited untuk meneruskan tanggungjawab sosial ini pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×