PETALING JAYA: Industri pelancongan amat menarik bagi penipu kerana ia merupakan sumber data sensitif dan peribadi yang besar, menurut platform keselamatan siber, Palo Alto Networks. Naib Presiden Rantau ASEANnya, Steven Scheurmann, perayaan Aidilfitri yang merupakan musim cuti terbesar di Malaysia, bakal menyaksikan pengembara melancong secara serentak dan dijangka terdapat persaingan sengit untuk tiket dan tempahan perjalanan serta tawaran-tawaran hebat melalui ejen dan aplikasi pelancongan dalam talian. Kata beliau, penipu melihat situasi itu sebagai peluang untuk dieksploitasi terutama melalui enjin sosial dan phishing. Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengembara dan syarikat pelancongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya