PETALING JAYA: Kadar Indeks Harga Pengeluaran (IHPR) Malaysia yang mengukur barangan di pintu kilang terus turun kepada 2.9 peratus pada Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penguncupan disebabkan terutamanya oleh penurunan sektor pertanian; perhutanan & perikanan dan perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023. Kata beliau, indeks buah tandan segar kelapa sawit terus jatuh kepada…










