PETALING JAYA: Hasil Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) bagi tahun kewangan 2022, meningkat 21.6 peratus kepada RM117.5 juta daripada RM96.6 juta tahun sebelumnya. Syarikat itu berkata, peningkatan hasil didorong oleh kenaikan pendapatan sewa, termasuk sewa perolehan yang lebih tinggi, pendapatan tempat letak kereta dan penghunian kadar purata bilik Hotel Classic di Muar, Johor. Katanya, bagi tempoh dilaporkan, Hektar REIT mencatatkan keuntungan 24.8 peratus dalam Pendapatan Harta Bersih (NPI)…










