Harga emas meningkat lebih tinggi

Harga emas meningkat lebih tinggi

Perdagangan emas dianggap pelaburan yang stabil di seluruh dunia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas naik lebih tinggi,  dibantu oleh kelemahan dolar berikutan data inflasi AS yang lebih perlahan daripada jangkaan, sekali gus memungkinkan Rizab Persekutuan AS (Fed) menghentikan sementara kenaikan kadar faedah, lapor Reuters.

Dalam sesi dagangan pagi ini, emas spot naik 0.1 peratus kepada AS$2,017.19 (RM8,899.86). Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) turut meningkat 0.4 peratus kepada AS$2,032.50 (RM8,967.41).

Indeks dolar turun 0.1 peratus, menjadikannya lebih murah bagi pembeli yang memegang mata wang lain.

Semalam, harga emas melonjak lebih 1 peratus selepas data menunjukkan indeks harga pengguna AS meningkat 0.1 peratus bulan lepas berbanding jangkaan kenaikan 0.2 peratus, selepas meningkat 0.4 peratus pada Februari.

CME FedWatch menunjukkan harga pasaran dalam peluang 70.4 peratus untuk kenaikan 25 mata asas kadar faedah pada Mei, namun  pemotongan dijanga berlaku separuh terakhir tahun ini.

Emas dianggap sebagai lindung nilai inflasi, namun kenaikan kadar faedah mengurangkan daya tarikan terhadap jongkong emas.

Presiden Bank Pusat San Francisco, Mary Daly berkata,  sementara Fed mempunyai “lebih banyak kerja yang perlu dilakukan”, dengan keadaan kredit yang lebih ketat, kenaikan kadar boleh ditangguhkan sementara.

Presiden Richmond, Thomas Barkin pula berkata, Fed mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi menurunkan inflasi kepada sasaran 2 peratus, kerana data terkini mengenai tekanan harga tidak cukup lemah.

Dalam pada itu, di Malaysia, laman web goldrate.com menunjukkan harga emas 999 dan 916 menokok sebanyak 0.54 peratus kepada RM319.66 dan RM293.10 segram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×