Genting Malaysia jual tanah di Miami RM5.433 bilion

Genting Malaysia jual tanah di Miami RM5.433 bilion

PEMANDANGAN pusat peranginan Genting Highlands dari udara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genting Malaysia Bhd. dijangka meraih keuntu­ngan AS$967 juta (RM4.289 bilion) melalui pelupusan empat bidang tanahnya di Miami Herald seluas enam hektar pada harga AS$1.225 bilion (RM5.433 bilion).

Genting Malaysia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikanya, Resorts World Miami LLC telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan Smart Miami City LLC.

Menurutnya, pelupusan ta­nah di Miami Herald kepada pem­beli atas dasar ‘seadanya di mana ada’ dan dengan pemilikan tertakluk kepada terma dan syarat SPA.

“Tanah Miami Herald terletak berhampiran dengan kawasan komersial, kediaman dan pusat beli-belah serta berdekatan dengan Pusat Seni Persembahan Adrienne Arsht di Miami-Dade County, iaitu antara pusat seni persembahan terbesar di Amerika Syarikat (AS).

“Di samping itu, tanah ber­kenaan juga bersempadan de­ngan sambungan yang meluas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Brickell (pusat kewangan utama Florida Selatan), South Beach (salah satu destinasi pantai utama di dunia) serta lokasi tumpuan baharu muncul seperti Edgewater, Wynwood Art District dan Design District (destinasi beli-belah mewah di Florida Selatan),” katanya.

Katanya, hasil tunai yang akan dijana daripada cadangan pelupusan itu akan digunakan bagi tujuan korporat dan pelaburan am, termasuk pembiayaan pelaburan masa depan.

Mengulas rasional penjualan tersebut, Genting Malaysia berkata, pasaran hartanah Miami telah berkembang dengan ketara sejak pengambilalihan tanah Miami Herald pada 2011.

Katanya, Indeks Harga Rumah Miami meningkat hampir tiga kali ganda kepada 398.56 pada 1 Disember 2022.

“Oleh itu, cadangan pelupusan tersebut memberi peluang kepada Kumpulan untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran dan membuka kunci nilai penting dalam aset bukan teras pada harga yang menarik sekaligus meningkatkan kedudukan tunai syarikat.

“Ini memberikan Genting Malaysia fleksibiliti kewangan untuk operasi dan pelaburan masa depannya apabila ia timbul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×