E-invois ganti GST atasi ekonomi gelap lari cukai

E-invois ganti GST atasi ekonomi gelap lari cukai

AHMAD Maslan merasmikan e-kaunter dan piagam pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mem­perhebatkan Insiatif E-invois Kebangsaan bermula tahun ini dalam usaha menambah pendapatan negara dan mengelak ketirisan percukaian.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kaedah itu dijangka dapat mengatasi ekonomi gelap disebabkan sikap peniaga tidak jujur ‘lari’ membayar cukai.

Bahkan beliau berkata, sistem invois elektronik akan di­buat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu seumpama mekanisme Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Jika kita belum boleh melaksanakan GST yang dihapuskan lima tahun lalu, maka e-invois perlu diperhebat dan kita berharap ia boleh bermula tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan platform komunikasi atas talian, e-Kaunter dan Piagam Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang baharu, di sini semalam.

Pada 9 Mac lalu, ketika menjawab soalan di Parlimen, beliau membayangkan ada kaedah percukaian lain bagi menggantikan GST untuk memastikan sektor perniagaan lebih telus.

Inisiatif E-invois Kebangsaan merupakan kerjasama strategik LHDN dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia berdasarkan model pematuhan pengurusan dokumentasi cukai.

Mengulas lanjut, Ahmad ber­kata, apabila dilaksanakan kelak, peniaga tidak boleh menipu sebarang invois yang menentukan margin keuntungan setelah ditolak hasil jualan bersih.

Ujarnya, e-invois turut diharap mampu menambah pendapatan kerajaan yang ketika ini amat rendah apabila kurang 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×