Dividen Tabung Haji 2022 kekal 3.1 peratus

Dividen Tabung Haji 2022 kekal 3.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus yang bakal dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendepositnya.

Agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 itu kekal seperti kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Agihan keuntungan bagi tahun 2022 berjumlah RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion pada 2021.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar dan turut dihadiri Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar di sini, hari ini.

Pengiraan Agihan Keuntungan tahunan 2022 adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Agihan Keuntungan 2022 adalah setelah TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Para pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 menerusi platform THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam hari ini sehingga pukul 12 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya