AHTV sasar tarik pelaburan pelbagai syarikat global

AHTV sasar tarik pelaburan pelbagai syarikat global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DRB-HICOM percaya, pembangunan Lembah Automotif Berteknolgi Tinggi (AHTV) adalah langkah ke hadapan yang tepat untuk Malaysia dalam ruang teknologi automotif baharu.

Malah katanya, kemasukan pelbagai pelabur global akan memberi manfaat yang baik kepada industri dan ekonomi domestik, serta menambah nilai kepada landskap automotif Malaysia.

Pembangunan AHTV kata­nya, dijangka menjadikan Tanjung Malim sebagai hab automatif aktiviti ekonomi dalam bidang teknologi automatif baharu yang dapat dimanfaatkan negara.

Jelas DRB-HICOM, ia selepas syarikat berkenaan memeterai Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HoA) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) di Beijing, China pada 1 April lalu.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa, apabila AHTV diumumkan pada April 2022, projek ini disasarkan sebagai hab untuk menarik pelaburan sebanyak RM32 bilion dalam tempoh pembangunan 10 tahun.

Katanya, jumlah tersebut bukanlah pelaburan eksklusif kepada penganjur utama projek, iaitu DRB-HICOM dan Geely sahaja.

“Kami juga ingin menggariskan bahawa projek ini disasar menarik penyertaan dan pelaburan daripada syarikat asing dan tempatan dalam industri automotif berteknologi tinggi baharu.

“Ini dijangka membawa pelaburan kolektif ke kawasan AHTV bernilai anggaran RM32 bilion oleh semua pihak dan bukan sahaja DRB-HICOM dan Geely,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, DRB-HICOM berkata, rancangan Proton untuk memindahkan sepenuhnya kemudahan pengeluarannya ke Tanjong Malim menjelang 2026 juga akan mewujudkan bandar baharu yang rancak di Tanjong Malim.

Jelasnya, ia juga akan meningkatkan ekonomi domestik dengan menarik syarikat runcit untuk beroperasi di kawasan berkenaan.

AHTV dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 12 April tahun lalu dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pengeluar kenderaan elektrik dan pembekal kompnen ke pasaran ASEAN bahkan ke pasran yang lebih luas lagi.

Menurut Ismail Sabri, pembangunan AHTV juga dapat menarik minat pelabur asing khususnya dari China dan negara lain kerana berpotensi memperkasakan ekosistem dunia automotif dalam satu kawasan yang besar.

AHTV juga disasarkan menjadi pusat rujukan Pembangunan dan Penye­lidikan (R&D) bagi tek­nologi berasaskan pematuhan iklim global dengan penubuhan universiti penyelidikan yang signifikan dengan industri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×