PETALING JAYA: Bank Pembangunan Asia (ADB) meramalkan ekonomi Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ini, dan 4.9 peratus pada 2024. ADB berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia melebihi jangkaan pada 2022, dirangsang oleh penggunaan domestik yang kukuh dan pemulihan dalam perkhidmatan, setelah pembukaan semula sempadan dan aktiviti ekonomi kembali normal. Jelasnya, inflasi secara amnya kekal terkawal didorong oleh subsidi kerajaan dan kawalan harga. “Pertumbuhan dijangka sederhana, dan inflasi berkurangan pada 2023 dan 2024, terutamanya disebabkan perubahan dalam persekitaran global. “Malaysia harus menggalakkan dasar merangkumi jantina untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya