Tune Protect dan bolttech jalin kerjasama

Tune Protect dan bolttech jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat insurans antarabangsa bolttech dengan kerjasama Tune Protect Group (Tune Protect) melancarkan generasi baharu penyelesaian perlindungan peranti dan perkhidmatan sokongan di Malaysia.

Melalui jalinan kerjasama strategik tersebut kedua-dua syarikat menyasar untuk menawarkan pelanggan pengalaman yang mudah dan lancar untuk penyelesaian perlindungan peranti.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat tersebut, data terkini mendedahkan bahawa kadar penembusan pengguna telefon pintar di Malaysia menunjukkan peningkatan berterusan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini di mana pada 2022 jumlahnya sebanyak 88.79 peratus daripada populasi negara.

“Perkongsian di antara bolttech dan Tune Protect bertujuan memenuhi permintaan perlindungan peranti dan perkhidmatan sokongan di pasaran memandangkan lebih ramai pelanggan terdedah kepada risiko harian kerosakan peranti,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Eropah dan Asia boltech, Mark Simmons berkata, kerjasama dengan Tune Protect bakal memberi perlindungan dan sokongan menyeluruh kepada pelanggan di Malaysia.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Tune Protect untuk mencipta penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan gaya hidup moden dan digital pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, kerjasama yang dijalin dengan bolttech bakal menawarkan peluang untuk meluaskan jangkauan pasaran syarikat.

Katanya, ia selaras dengan visi strategik Tune Protect sebagai penanggung insurans digital dan gaya hidup.

“Kami memulainya terlebih dahulu di Malaysia dan akan terus menerokai peluang lain untuk mengembangkannya di negara lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×