`Raya Serba Baharu' bersama MR D.I.Y.

`Raya Serba Baharu’ bersama MR D.I.Y.

SELEBRITI Ara Johari (kiri) dan Wanie Kayrie mempromosikan kempen ‘Raya Serba Baharu’ bersama MR D.I.Y. dalam filem web yang akan ditayangkan pada 7 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit perkasas rumah, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Bhd. (MR D.I.Y.) melancarkan rangkaian istimewa Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri melalui kempen perayaan terbaharunya “Raya Serba Baharu.”

Terdapat 140 rangkaian produk istimewa Hari Raya Aidilfitri boleh didapati di cawangan terpilih hingga 30 April 2023.

Buat julung kalinya, MR D.I.Y. menawarkan rangkaian produk Hari Raya terbaharu termasuk kerongsang, dokoh kebaya dan songkok, serta butang baju melayu.

Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh, Hari Raya adalah masa untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan ‘silaturrahim’ dalam kalangan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Kata beliau, matlamat MR DIY dengan ‘Raya Serba Baharu’ adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sama ada mereka menjadi tuan rumah meraikan keluarga dan rakan-rakan, atau menziarahi orang tersayang.

“Kami telah menyediakan keperluan khas musim perayaan pada ‘Always Low Prices’, menjadikannya mudah diakses oleh rakyat sambil mengurangkan beban kewangan mereka di musim perayaan ini.

“Ini semua adalah untuk memberi dan menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan yang penuh bermakna buat mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, produk-produk lain dalam rangkaian itu termasuk barangan Hari Raya dan keperluan rumah pada harga berpatutan seperti hiasan gantung, pelekat dan hiasan Raya, hingga ke pelita Raya dan lampu LED, untuk menceriakan kediaman.

Katanya, bagi menambah lagi keceriaan di setiap sudut kediaman, terdapat kelengkapan rumah, kusyen, alas lantai, lapik meja, kotak tisu dan penyepit langsir, serta peralatan dapur melamin untuk memastikan hidangan perayaan disajikan dengan cantik sekali.

“Jangan ketinggalan, untuk mendapatkan set jag kaca 5-dalam-1 yang istimewa, dengan diskaun 30 peratus pada RM13.90 [Harga Biasa RM19.90], sesuai untuk menjamu para tetamu. Dan terdapat juga beg hadiah, kotak, dan sampul duit Hari Raya,” katanya.

Tambah beliau, MR D.I.Y. juga menawarkan pembersih isi rumah dan produk penjagaan diri bagi memastikan kediaman dan keluarga berada pada tahap terbaik.

Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan Hari Raya yang disenaraikan di atas, anak syarikat Kumpulan MR D.I.Y., MR. DOLLAR turut menawarkan makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan.

Goh turut mengumumkan bahawa MR D.I.Y. bekerjasama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari, dalam filem web ‘Raya Serba Baharu’ yang akan ditayangkan pada 7 April 2023.

“Filem web ini mencerminkan semangat kami yang sentiasa memberi kesan positif kepada komuniti di mana sahaja kami beroperasi; dan ia sememangnya sangat menyentuh hati. Jadi jangan lupa nantikannya,” katanya.

Goh menambah, MR D.I.Y. juga bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam premis dan diskaun yang menarik di MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR. Tiga penyedia perkhidmatan kewangan terbabit adalah Boost,  Touch ‘n Go eWallet, dan HSBC Bank.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat paket sampul duit Raya percuma, sementara stok masih ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN