Pesara guru berusia 61 tahun jadi jutawan

Pesara guru berusia 61 tahun jadi jutawan

KETUA EKSEKUTIF BSN, JAY KHAIRIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pesara guru berumur 61 tahun dari Song, Sarawak dipilih sebagai jutawan pertama Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun 2023.

Beliau memulakan simpanan di cawangan BSN Song yang merupakan satu-satunya bank di sana, seterusnya menambah simpanan dari semasa ke semasa sehingga dipilih sebagai pemenang Cabutan Jutawan bulan Januari 2023 sekaligus membawa pulang ganjaran RM1 juta.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN terus menambah baik produk BSN SSP agar sentiasa kompetitif melalui penawaran jumlah hadiah dan kategori yang lebih banyak pada tahun ini.

“Ini merupakan usaha berterusan kami dalam menggalakkan orang ramai menyimpan di samping berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran yang ditawarkan.

“BSN juga memperkasakan rangkuman kewangan rakyat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan perbankan yang menyeluruh.

“Jaringan perkhidmatan kami turut akan diperluaskan lagi agar lebih ramai masyarakat dapat menikmati akses perbankan inklusif seiring dengan visi kami, tiada rakyat yang ketinggalan,” katanya dalam kenyataan.

Pemenang telah diumumkan dalam Majlis Cabutan BSN SSP bagi Januari pada 4 Februari lalu di Kompleks PKNS Shah Alam.

Kini, BSN telah melahirkan seramai 84 orang jutawan BSN SSP sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan.

Selain itu, BSN turut memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik untuk 2023.

Jumlah hadiah BSN SSP juga turut ditambah baik yang mana pada tahun ini bernilai RM27 juta untuk lebih 18,000 pemenang termasuklah BMW 320i M sport, Perodua Myvi dan banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN