Pendapatan TNB meningkat 5.7 peratus kepada RM50.87 bilion

Pendapatan TNB meningkat 5.7 peratus kepada RM50.87 bilion

BAHARIN DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Tenaga Nasional Berhad (TNB) meningkat 10.9 peratus kepada RM20.81 bilion  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022) daripada RM18.77 bilion tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Baharin Din berkata, ia didorong peningkatan kutipan yang membolehkan hasil elektrik Kumpulan lebih tinggi di samping peruntukan hutang ragu lebih rendah.

“Kesannya, margin EBITDA telah meningkat kepada 40.9 peratus daripada 39 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Baharin berkata, TNB mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) lapan peratus lebih rendah iaitu sebanyak RMRM3.56 bilion berbanding RM3.86 bilion pada 2021.

“PAT terjejas oleh cukai lebih tinggi susulan perubahan cukai tertunda RM520.7 juta dan pengenaan Cukai Makmur RM340.8 juta,” katanya.

Menurut Baharin, TNB mencatat peningkatan pendapatan 5.7 peratus kepada RM50.87 bilion bagi TK2022 daripada RM48.12 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan itu didorong oleh kenaikkan 5.2 peratus tahun ke tahun dalam permintaan elektrik, terutamanya dalam sektor perindustrian dan komersial di samping permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia yang meningkat sebanyak enam peratus tahun ke tahun.

Mengulas lanjut, Baharin berkata TNB Komited memacu Peralihan Tenaga Negara tahun ini melalui inisiatif yang menuju aspirasi Sifar Bersih 2050 yang akan membawa pertumbuhan perniagaan yang positif dan meningkatkan nilai kepada pemegang sahamnya.

“Melihat ke hadapan pada 2023, kami akan terus memacu inisiatif strategik kami dalam mencapai komitmen sifar bersih sambil memastikan pertumbuhan perniagaan mampan.

“Laluan peralihan tenaga kami akan membawa pertumbuhan positif perniagaan kepada Kumpulan, sambil mencipta nilai jangka panjang kepada pemegang saham melalui pertumbuhan pendapatan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa TNB Genco akan meneruskan pelaburannya dalam teknologi hijau sebagai sebahagian perjalanan Peralihan Tenaga TNB (tempatan dan serantau) dan kekal fokus kepada program pengembangan lima loji domestik utamanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN