Pecca ambil alih 80 peratus kepentingan GMK Indonesia

Pecca ambil alih 80 peratus kepentingan GMK Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pecca Group Berhad (Pecca) mengukuhkan kehadiran di peringkat antarabangsa dengan mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam PT Gemilang Maju Kencana (GMK).

Pemerolehan itu dibuat melalui anak syarikat Pecca, Pecca Leather Sdn. Bhd. (PLSB), membabitkan pertimbangan pembelian sebanyak IDR 6.4 bilion (kira-kira RM1.87 juta)

Setelah selesai pengambilalihan, PLSB akan menyuntik dana berjumlah IDR 2.4 bilion (kira-kira RM703,200).

Selaras dengan Perjanjian Pemindahan Saham, PLSB juga telah memeterai Perjanjian Pemegang Saham dan Perjanjian Kerjasama dengan Pengurus Besar GMK, Neo Hwee Leong (Neo) dan Ketua Jabatan Kewangan GMK, Herny Pramana (Herny) pada 8 Mac lalu.

“Melalui Perjanjian Kerjasama itu, Neo dan Herny, sebagai pengurusan kanan GMK akan memberikan sokongan untuk aktiviti perniagaan GMK dan kepada PLSB, dalam bentuk pemerolehan perniagaan dan sokongan teknikal,” katanya dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia.

GMK ialah syarikat bersekutu dengan PT Indonesia, Kumpulan Syarikat Multi Pratama Interbuana (Kumpulan Syarikat MPI).

Aktiviti perniagaan utamanya ialah membekalkan pembalut kulit upholsteri dan penutup tempat duduk untuk industri automotif di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pecca Group, Foo Ken Nee berkata, pengambilalihan itu peluang penting bagi syarikat untuk menembusi dan mewujudkan diri dalam pasaran Indonesia.

“Memandangkan Pecca terus mengembangkan kehadiran antarabangsanya dalam industri automotif, Indonesia bersedia untuk menjadi pemacu utama pertumbuhan kami.

“Kehadiran fizikal kami yang akan datang di negara ini meletakkan kami untuk trajektori pertumbuhan yang lebih tinggi, kerana Indonesia pada masa ini mempunyai angka jualan kenderaan tertinggi dari mana-mana pasaran Asia Tenggara,” katanya.

Tambah beliau, data pasaran terkini menunjukkan jualan kenderaan Indonesia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 berjumlah 658,232 unit, mengatasi Thailand dan Malaysia dalam tempoh yang sama.

“Kami sangat teruja untuk memanfaatkan peluang ini untuk meluaskan jangkauan kami dan mengukuhkan kedudukan pasaran kami di rantau ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN