Pasaran kewangan Malaysia punyai kecairan mencukupi - BNM

Pasaran kewangan Malaysia punyai kecairan mencukupi – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menegaskan bahawa pasaran kewangan Malaysia terus berfungsi dengan berkesan dengan kecairan yang mencukupi. 

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, sistem perbankan Malaysia kekal dengan permodalan yang baik dan mempunyai penampan mudah tunai yang kukuh untuk menyokong pengantaraan kewangan. 

“Institusi kewangan Malaysia mempunyai pendedahan terhad kepada Credit Suisse,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Credit Suisse dilaporkan sedang mengambil tindakan tegas untuk mengukuhkan kecairan asetnya dengan meminjam sehingga AS$54 bilion (RM241.82 bilion) daripada bank pusat Switzerland.

Ia selepas sahamnya menjunam teruk yang seterusnya meningkatkan kebimbangan mengenai krisis deposit bank yang lebih luas.

Krisis melanda bank kedua terbesar Switzerland itu berlaku selepas tiga bank di Amerika Syarikat (AS) termasuk Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank bankrap sehingga memaksa pihak berkuasa campur tangan.

Krisis tersebut telah menggemarkan pasaran kewangan global sehingga mengheret bursa saham jatuh teruk termasuk Bursa Malaysia, sebelum melantun semula.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN