MyStartr kumpul RM 4.7 juta menerusi kempen ECF terbaharu - Utusan Malaysia

MyStartr kumpul RM 4.7 juta menerusi kempen ECF terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform pengumpulan dana ekuiti (ECF) MyStartr berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 4.7 juta melalui kempen Fundnel yang disertai oleh 431 pelabur. 

Dana ini akan menyokong MyStartr untuk memasuki pasaran kedua tahun ini dan mengukuhkan pertumbuhan perniagaan bagi menyediakan akses yang lebih baik kepada penerbit sebagai platform ECF terkemuka negara.

Sepanjang kehadiran selama 10 tahun di pasaran, MyStartr telah membantu para usahawan yang gigih berusaha untuk mencapai impian dan mengembangkan perniagaan mereka dengan kepakaran pengumpulan dana. 

Ini telah membantu penerbit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengatasi cabaran untuk mendapatkan pembiayaan, seperti skor kredit yang tidak mencukupi dan aliran tunai yang tidak konsisten.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyStartr, Goh Boon Peng berkata, visi MyStartr untuk lima tahun akan datang adalah membantu 3,000 perniagaan melalui pengumpulan dana dengan sasaran dana berjumlah RM4 bilion. 

“Memasuki pasaran kedua adalah langkah yang seterusnya untuk mencapai matlamat ini. Kami akan berusaha untuk menyalurkan dana ini untuk membantu syarikat-syarikat baharu mencapai potensi mereka dan juga potensi kami dengan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Selain mencapai kejayaan dalam kempen pendanaannya, MyStartr turut menerima dana tambahan sebanyak RM931,250 daripada Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), satu inisiatif kerajaan untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan untuk tahun ini.

Berpegang teguh kepada misi membantu syarikat baharu untuk berkembang dan usahawan untuk berjaya, MyStartr sentiasa mencari jalan untuk menggalakkan pembangunan PKS di Malaysia. 

Salah satu inisiatif utama tahun ini ialah perkongsian strategik dengan GMBB Gamuda untuk membina hab usahawan yang pertama di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya