MGB Berhad lancar Pangsapuri Saujana Indah di Johor bahru

MGB Berhad lancar Pangsapuri Saujana Indah di lokasi strategik Johor bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  MGB Berhad (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Berhad, penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah melancarkan Pangsapuri Saujana Indah, sebuah pembangunan pangsapuri baharu, yang menawarkan kediaman dengan harga mampu milik dan selesa di Johor Bahru. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.6 ekar, Pangsapuri Saujana Indah terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara dengan jumlah GDV sebanyak RM 437 juta.

Pangsapuri Saujana Indah yang terletak di tengah-tengah nadi permata Selatan yang sedang meningkat naik menawarkan beberapa jenis unit kediaman pangsapuri dengan harga bermula daripada RM352,000. Terdapat 2 buah menara kediaman, iaitu Menara A setinggi 37 tingkat terdiri daripada 393 unit dan Menara B, juga setinggi 37 tingkat dengan 595 unit. Tarikan utama pembangunan ini adalah akses mudah melalui lebuhraya utama seperti, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Baru ke Bandar Iskandar Puteri, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya EDL, Lebuhraya Pantai Timur JB dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Pembangunan ini juga terletak hanya 20 minit dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), dan menjadikannya lokasi yang amat sesuai bagi mereka yang kerap keluar negara. Pangsapuri Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya yang sedang pesat membangun. Selain dari itu, Pangsapuri Saujana Indah ini juga terletak berdekatan dengan Kelab Golf Daiman 18, tumpuan ideal bagi penggemar sukan golf.

Nikmati pelbagai kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau, BBQ, zon kecergasan, gimnasium bagi menggalakkan gaya hidup sihat, di bandar indah Johor Jaya di samping meneroka kawasan-kawasan menarik yang terletak berhampiran kawasan pembangunan tersebut seperti, Taman Tema Air Austin Height, yang hanya terletak 10 minit daripada kediaman ini. Bagi pencinta alam sekitar, pembangunan ini juga berhampiran dengan Taman Tasik Seri Alam dan Tasik Biru Seri Alam yang amat terkenal dengan pemandangan indah dan menakjubkan di kalangan penggemar sukan mendaki dan lasak.

Pangsapuri Saujana Indah menawarkan gabungan sempurna di antara harga mampu milik dan kemudahan, menjadikan ianya ideal untuk keluarga dan warga kerja yang sedang mencari kehidupan serba selesa di Johor Bahru.

Tan Sri Lim Hock San, Naib Pengerusi Eksekutif MGB Berhad berkata “Pangsapuri Saujana Indah merupakan produk daripada sebuah syarikat yang mempunyai rekod prestasi kukuh dan mempunyai keupayaan pembinaan serta kekuatan kewangan yang teguh. Ini memberikan kami kelebihan di dalam menyiapkan projek tepat pada masanya, mengikut peruntukan bersesuaian yang mendorong sentimen keyakinan yang tinggi di kalangan bakal pembeli rumah”.

Pangsapuri Saujana Indah akan menjadi projek terkini yang tersenarai di bawah kempen ‘LBS Fabulous Extra 2022-23’ di mana pembeli rumah akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah cabutan bertuah bernilai RM 1.5 juta. Hadiah ini termasuk 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40” dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pangsapuri Saujana Indah, layari https://mgbgroup.com.my/our-expertise/pangsapuri-saujana-indah/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.