CYBERJAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjalin kerjasama dengan firma perkhidmatan profesional, KPMG bagi menggalakkan pertumbuhan 20 syarikat pemula atau start ups untuk menjadi syarikat unicorn menjelang 2025 dalam bidang teknologi. Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, Founders Centre for Excellence (FOX) kendalian MDEC adalah inisiatif intervensi untuk menyediakan sokongan kepada syarikat terpilih yang berpotensi tinggi menjadi unicorn seterusnya. “Objektif kami adalah untuk mengembangkan lima syarikat unicorn dari Malaysia…










