PETALING JAYA: Penyedia platform e-haling, Maxim, baru-baru ini telah mengadakan sesi perbincangan dengan pihak Agensi Pengangkutan Darat (APAD).
Dalam satu kenyataan Maxim memberitahu, topik utama perbincangan ialah proses memohon lesen EVP (E-hailing vehicle permit) untuk pemandu baharu Maxim termasuk pembaharuan lesen EVP untuk pemandu semasa.
Wakil-wakil Maxim termasuk Pengarah syarikat Malaysia, Pakar Pelesenan dan Pakar Sokongan Pengguna hadir semasa sesi perbincangan.
Soalan yang ditumpukan kepada pihak APAD berkenaan sistem E-hailing yang sedang digunakan bagi memohon, memperbaharui dan membatalkan lesen EVP tersebut.
Hasil daripada perbincangan tersebut adalah wajib untuk memperbaharui lesen EVP yang dikeluarkan sebelum ini tidak dimaklumkan daripada pihak APAD kepada Maxim.
Walau bagaimanapun, pihak APAD meneruskan mengemas kini data pemandu Maxim masing-masing dalam sistem E-hailing.
Walau bagaimanapun, semasa sesi perbincangan ia bersetuju antara pihak APAD dan Maxim bahawa sesi perbincangan akan diadakan semula apabila pihak APAD akan menaik taraf kepada versi sistem E-hailing baharu.
Pihak Maxim mengingatkan pemandu berkenaan kepentingan lesen EVP.
Para pemandu Maxim perlu menghubungi pejabat berdekat atau permintaan daripada aplikasi pemandu dan memberikan maklumat yang berkaitan.
Kemudian, pihak Maxim akan menghantar kepada APAD bagi pengeluaran lesen EVP.
Walau bagaimanapun, bagi pemandu yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan kurier dan lain-lain tidak perlu mendapatkan lesen EVP.
Pemandu sedemikian boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran tanpa memerlukan lesen EVP.
Pihak Maxim sentiasa berusaha mematuhi peraturan e-hailing berkaitan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Di samping itu, pihak syarikat tidak menghentikan ikhtiar bertemu dengan pihak berkuasa secara berterusan bagi mengeratkan perhubungan dan menghulurkan setiap kerjasama kepada kerajaan. – UTUSAN










