Khazanah isytihar dividen RM500 juta kepada kerajaan

Khazanah isytihar dividen RM500 juta kepada kerajaan

AMIRUL FEISAL WAN ZAHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengisytiharkan dividen dividen RM500 juta bagi 2022 kepada kerajaan dengan dengan RM17.1 bilion dividen kumulatif diisytiharkan sejak 2004.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, dividen bagi tahun kewangan 2022 adalah lebih rendah berbanding RM2 bilion yang diisytiharkan pada tahun sebelumnya berikutan keadaan pandemik yang semakin pulih.

“Pada tahun kewangan 2020 dan 2021, kami mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi kepada bagi membantu kerajaan menghadapi situasi penularan wabak,” ujarnya dalam taklimat prestasi Khazanah 2022 di sini, hari ini.

Amirul Feisal berkata, hutang Khazanah meningkat sedikit kepada RM49.1 bilion berbanding RM48.5 bilion pada tahun sebelumnya, manakala Nilai Aset Boleh Realisasi (RAV) berbanding nisbah hutang kekal sihat pada 2.7 kali ganda, di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jangka panjang iaitu antara 3.0 dan 4.0 kali.

Nilai Aset Bersih (NAB) menyaksikan penurunan 5.0 peratus kepada RM81 bilion pada 2022 daripada RM86 bilion pada 2021, disebabkan oleh aliran menurun pasaran global.

Beliau memaklumkan, Khazanah telah menggunakan RM6.6 bilion untuk pelaburan baharu dan memperoleh RM2.5 bilion daripada pengewangan aset.

“Bagi Dana Impak pula, projek bernilai RM500 juta telah dikenal pasti merentasi pelbagai bidang impak, yang bertujuan untuk membina daya tahan negara dan peluang pertumbuhan baharu.

“Bidang utama termasuk agrimakanan dan peningkatan kemahiran digital modal insan serta komitmen dalam menyokong usahawan dan ekosistem modal teroka (VC),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN