Ketandusan bakat akauntan di Malaysia

Ketandusan bakat akauntan di Malaysia

ANDREW LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Akuantan Bertauliah Berkanun (ACCA) mendapati, Malaysia berhadapan dengan ketandusan bakat akauntan.

Kaji selidik yang dijalankan mendapati, sebanyak 36 peratus profesional kewangan yang mahu beralih kepada peranan lain dalam tempoh 12 bulan akan datang, manakala 29 peratus lagi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dapatan Kaji Selidik Trend Bakat Global 2023 yang dijalankan ACCA itu mendapati, lima kebimbangan terbesar kakita­ngan kewangan tempatan ialah inflasi mengurangkan gaji sebenar mereka, kesejahteraan atau kesihatan mental,

kekurangan peluang pembangunan kerjaya, tidak mempunyai kemahiran berkaitan untuk masa hadapan dan risiko kemerosotan ekonomi global terhadap peluang pekerjaan.

“Kelesuan pekerja perlu dita­ngani memandangkan tahap tekanan adalah tinggi, di mana 88 peratus responden mahukan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dan 71 peratus mahukan lebih ba­nyak bantuan daripada organi­sasi untuk me­nguruskan kesihatan mental mereka,” katanya dalam kenya­taan.

Menurut ACCA, lebih 8,400 akauntan profesional dari 148 negara termasuk Malaysia, telah ditanya mengenai kebimbangan mereka mengenai pekerjaan di masa hadapan selain aspirasi untuk kerjaya mereka. Kaji selidik itu juga menilai isu-isu utama tempat kerja seper­ti hubungan kakitangan, kese­jahteraan dan sikap terhadap guna pakai teknologi.

Jelasnya, sebanyak 58 peratus responden menyatakan bahawa mereka kembali bekerja di pejabat sepenuh masa walaupun kerja secara hibrid masih dilaksanakan, namun 87 peratus responden ingin bekerja dari jauh sekurang-kurangnya satu hari pada masa akan datang.

Sementara itu, langkah keterangkuman mencatat mencatat markah baik dengan 63 peratus merasakan budaya organisasi mereka adalah terangkum, tidak jauh berbeza berbanding purata global sebanyak 68 peratus.

“Kaji selidik ACCA menunjukkan kerjaya di dalam bidang akauntan kekal suatu pilihan bijak bagi mereka yang mencari prospek pekerjaan jangka panjang dan kemungkinan untuk berterusan meraih kemahiran baharu,” jelasnya.

Ketua Kemahiran, Sektor dan Teknologi ACCA, Jamie Lyon berkata, majikan berdepan de­ngan kemungkinan ketandusan bakat, mengguna pakai dan bereksperimen dengan kaedah baharu bekerja dalam kalangan seluruh tenaga kerja.

“Pembangunan kerjaya dan remunisasi adalah dua faktor tarikan paling utama kepada sesebuah organisasi, namun mereka juga dua bidang yang paling berpengaruh ke atas keputusan kakitangan untuk berhenti kerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Portfolio, ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim berkata, menarik minat generasi bakat seterusnya kepada kerjaya akauntan adalah penting untuk ekonomi yang sihat.

“Kaji selidik itu memastikan suara mereka yang sedang belajar dan bekerja di dalam kerjaya ini didengari dan member jaminan bahawa kerjaya in membantu mewujudkan persekitaran kerja, di mana profesional hari ini maju dan bakat hari esok mahu sandang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN