Kerajaan kaji semula larangan eksport RE

Kerajaan kaji semula larangan eksport RE

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meng­­kaji semula untuk menarik larangan eksport tenaga boleh diperbaharui (RE) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober 2021.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan memperkenalkan rangka kerja untuk akses pihak ketiga (TPA) untuk grid kebangsaan pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, Malaysia boleh dan harus menjual RE pada kadar pasaran atau lebih tinggi daripada itu kerana permintaan kukuh dalam pasaran antarabangsa.

“Terdapat beberapa perbincangan yang mana NRECC dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk meneliti kebaikan dan keburukannya. Bukan sahaja mengenai eksport RE tetapi juga perdagangan elektrik antara sempadan.

“Perkara ini telah dibangkitkan sebanyak dua kali di Kabinet oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Jadi, saya rasa, saya perlu membentangkan kertas kerja tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Malaysia Energy Transition Outlook (METO) di sini semalam.

Dalam pada itu, eksport RE pada kadar pasaran seterusnya akan memberi negara peluang untuk meningkatkan RE, termasuk menjadikan teknologi lebih murah dan memperkenalkan teknologi baharu seperti penyimpanan bateri yang kurang menarik jika dibekalkan pada kadar tarif Malaysia.

Menurut Nik Nazmi, negara tidak perlu menjual semua elektron hijau yang dihasilkan untuk memastikan industri Malaysia mendapat manfaat

“Mengeksport RE membuka peluang menarik untuk Malaysia sebagai kemungkinan pusat grid kuasa ASEAN. Singapura kini menggunakan grid Malaysia untuk menggunakan tenaga elektrik dari Laos.

“Kami boleh memanfaatkan permintaan kukuh daripada ji­ran dan mewujudkan rangka kerja kewangan untuk me­nyahkarbon,” ujarnya.

Pada Oktober 2021, larangan eksport RE diumumkan oleh kerajaan terdahulu, mengehadkan hanya eksport tenaga tidak boleh diperbaharui yang dihadkan pada 100 megawatt (MW) ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN