KUALA LUMPUR: Kemasukan Tesla ke Malaysia didorong oleh kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di dalam negara, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Tengku Zafrul berkata, sektor E&E adalah satu komponen yang kritikal terutamanya untuk kenderaan elektrik (EV). “Sektor E&E bukanlah satu sektor yang baharu. Ia telah berada di dalam industri lebih 50 tahun. “Salah satu pencapaian yang baik adalah kita berjaya menarik…









