ISKANDAR PUTERI: Johor merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam negara bagi tahun 2022, iaitu sebanyak RM70.6 bilion. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kemasukan pelaburan tersebut akan menghasilkan lebih 12,000 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk negeri ini. Justeru, beliau mengucap terima kasih atas kerja keras agensi kerajaan negeri dan Pusat yang berjaya menghasilkan kejayaan tersebut. “Syukur alhamdulillah, Johor mencatatkan penerimaan FDI tertinggi dalam negara bagi tahun 2022, iaitu sebanyak RM70.6 bilion. “Pelaburan-pelaburan ini pula akan menghasilkan lebih 12,000 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Johor dan Malaysia,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya