PETALING JAYA: PT Resources Holdings Berhad (PT Resources) mencatatkan kenaikan hasil sebanyak 32 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2023 berakhir 31 Januari lalu (S3 TK2023) kepada RM115.5 juta daripada RM87.4 juta suku sama tahun kewangan sebelumnya. Bagi suku dikaji, keuntungan kasar (GP) Syarikat meningkat 58.1 peratus kepada RM15.3 juta daripada RM9.6 juta pada S3 TK2022 manakala keuntungan sebelum cukai (PBT) menurun 55.4 peratus kepada RM2.1 juta. “Secara bersegmen, perniagaan…










