Fajarbaru menang kontrak pembinaan RM310.54 juta

Fajarbaru menang kontrak pembinaan RM310.54 juta

CHAN KONG CHOY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fajarbaru Builder Group Bhd. (Fajarbaru) melalui anak syarikat milik penuhnya, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. memenangi kontrak pembinaan melalui pelaksanaan tender, untuk tiga blok kondominium bernilai RM310.54 juta daripada anak syarikat tidak langsung WCT Holdings Bhd., Kekal Kirana Sdn. Bhd.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, Fajarbaru berkata, kerja pembinaan itu merangkumi tiga blok menara kondominium terdiri daripada 341 unit, tiga tingkat podium dan empat aras bawah tanah untuk tempat letak kereta.

Katanya, kontrak akan bermula pada 15 Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 35 bulan, atau pada 14 Februari 2026.

“Kontrak itu diperoleh melalui proses tender yang dijalankan oleh Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. Kontrak baharu yang diperoleh akan tingkatkan buku pesanan Fajarbaru dengan ketara dan meningkatkan kejelasan pendapatannya pada masa hadapan,” katanya.

Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, selepas kesuraman dalam pasaran pembinaan, ia adalah permulaan yang baik untuk Fajarbaru dan bukti keupayaan syarikat untuk memperoleh dan melaksanakan projek pembinaan bernilai tinggi.

“Kami berhasrat untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan sebaik mungkin. Syarikat berada pada kedudukan kewangan yang kukuh.

“Oleh itu, kami mempunyai keupayaan untuk meneruskan pembidaan untuk lebih banyak projek. Kami berharap untuk menjadi syarikat pembinaan dan hartanah paling bernilai dalam pasaran yang kami layani. Kami juga berhasrat untuk terus mencipta nilai pegangan saham untuk pemegang kepentingan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN