PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. Bank pusat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. “MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi,” katanya. Januari lalu, MPC BNM memutuskan untuk mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas menaikkan kadar faedah utama empat kali berturut-turut pada 25 mata asas (bps) tahun lepas. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya