BNM kekal OPR 2.75 peratus

BNM kekal OPR 2.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi membuat keputusan me­ngekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bank pusat itu dalam satu ke­nyataan semalam memaklumkan, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar mone­tari kekal akomodatif dan menyokong per­tumbuhan ekonomi.

Katanya, MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.

“MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan.

“Langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya.

Tambah BNM lagi, MPC akan terus menetapkan dasar mone­tari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan.

Mengulas lanjut, BNM berkata, ekonomi negara dijangka menjadi sederhana pada 2023 berikutan ekonomi global yang lebih perlahan di mana pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negara.

Katanya, perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang terus bertambah baik.

“Ketibaan pelancong dijangka terus bertambah lantas menggiatkan lagi aktiviti berkaitan pelancongan manakala projek infra­struktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan akan menyokong aktiviti pelaburan.

“Risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi berpunca daripada pelaksanaan projek yang dinyatakan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 baru-baru ini.

“Risiko prospek pertumbuhan ekonomi dalam negara menjadi perlahan terus berpunca terutamanya daripada perkembangan global termasuk pertumbuhan sebenar yang lebih lemah daripada jangkaan atau keadaan kewangan global yang lebih ketat dan tidak menentu,” katanya.

Dari segi inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang 2023 tetapi akan kekal tinggi berikutan faktor permintaan dan kos yang berlarutan.

BNM berkata, tahap tekanan inflasi yang meningkat akan terus dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi yang masih ada.

“Imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN