Alibaba Cloud perkenal penyelesaian AI baharu

Alibaba Cloud perkenal penyelesaian AI baharu

MAJLIS pemeteraian kerjasama antara Alibaba, Global Track dan EasyParcel untuk memacu kecekapan perniagaan di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alibaba Cloud, tunjang teknologi digital dan kepintaran Alibaba Group, mengumumkan bahawa penyelesaian logistiknya berpandukan kecerdasan buatan (AI), EasyDispatch kini tersedia di Malaysia.

Langkah itu bertujuan memacu inovasi perniagaan di samping meningkatkan prestasi industri logistik tempatan dengan teknologi berasaskan awan terkini dan penyelesaian terbukti Alibaba Cloud.

Peneraju pengkomputeran awan global turut menandatangani MoU dengan syarikat logistik tempatan Global Track dan EasyParcel untuk memacu kecekapan perniagaan.

Pengurus Besar Malaysia Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang berkata, Malaysia sentiasa mengiktiraf sektor logistik sebagai satu komponen utama dalam perkembangan ekonomi negara dan masa hadapannya.

“Kebolehskalaan yang kos efektif dan jaringan antarabangsa yang mantap adalah penting untuk perniagaan logistik dengan operasi yang dinamik merentasi negara dan rantau.

“Dengan teknologi berasaskan awan termaju dan inovasi terbukti kami, kami teruja untuk menyokong para pemain industri yang inovatif dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat seterusnya dengan menyediakan
penyelesaian yang selamat, patuh, diyakini dan elastik,” katanya dalam kenyataan.

Dengan adanya penyelesaian baharu itu, Alibaba turut mengumumkan sokongan kepada untuk Global Track, penyedia perkhidmatan sistem logistik pintar Malaysia yang diiktiraf, untuk meletak atur penyelesaian logistik pintarnya buat pertama kali di Malaysia.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Track, Joseph Lee Kha Sheng berkata, syarikat sentiasa menginovasikan penyelesaian sepanjang tahun bagi memantapkan ciri produk serta mengadakan banyak fungsi baharu untuk membantu pengguna menjimatkan lebih masa.

“Kini, dengan Alibaba Cloud sebagai penyedia penyelesaian logistik kami yang dipercayai, kami menerima maklum balas bahawa sistem perisian itu telah membantu pelanggan kami mengurangkan masa pemprosesan sehingga 40 peratus dan pengurangan tenaga kerja sehingga 30 peratus dalam perancangan laluan dan pengurusan penghantaran.

“Ia telah meningkatkan produktiviti dan kecekapan dengan mendadak kerana lebih sedikit tenaga kerja dan usaha diperlukan untuk kerja pemprosesan manual,” katanya.

Mengulas kolaborasi dengan Alibaba, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel, Clarence Leong pula berkata, industri logistik kini memasuki era digital yang komprehensif.

“Kami yakin dengan kepakaran Alibaba Cloud dalam pengkomputeran awan dan analisis data, kolaborasi ini akan membantu kami memacu perniagaan pada skala yang lebih besar dan meningkatkan ketangkasan kami dalam bertindak balas terhadap perubahan pasaran dan memberikan lebih manfaat kepada pelanggan kami di seluruh dunia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN