PETALING JAYA: UMW Holdings Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, UMW It Services Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan pengkomputeran awan (cloud) hibrid bersama TM One. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, pelancaran berkenaan membuktikan kemajuan UMW dalam bidang transformasi digital melalui penggabungan dan penambahbaikan seni bina pusat data semasanya. Katanya, selain itu, ia juga melengkapkan proses pemodenan pelbagai aplikasi dan menyokong usaha Kumpulan untuk…










