Twitter berhentikan lebih ramai pekerja

Twitter berhentikan lebih ramai pekerja

ELON Musk dilaporkan mahu mengurangkan kos selepas pengambilalihan Twitter yang bernilai AS$44 bilion. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Twitter Inc mem­berhentikan lebih ramai pekerja pada Sabtu lalu, dalam gelombang baharu pengurangan kakitangan untuk mengekang kos syarikat rangkaian sosial itu yang kini dimiliki oleh bilionair, Elon Musk.

Pengurangan itu membabitkan pekerja di seluruh syarikat, termasuk kejuruteraan dan produk, menurut sumber, lapor Bloomberg.

Menurutnya, sesetengah pe­kerja mengetahui bahawa mereka telah diberhentikan melalui e-mel pada lewat Sabtu dan ada yang berkongsi ciapan bahawa mereka telah ditamatkan per­khidmatan setelah tidak boleh log masuk ke sistem dalaman syarikat.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja diberhentikan tidak diketahui dengan tepat dan sumber itu percaya ia membabitkan berpuluh-puluh pekerja. Laporan sebelum ini menyatakan ia membabitkan lebih 50 pekerja.

Twitter belum memberi sebarang ulasan kepada Bloomberg News berhubung laporan itu.

“Antara yang diberhentikan ialah Esther Crawford, eksekutif yang pernah bertanggungjawab ke atas Twitter Blue, iaitu perkhidmatan langganan tapak itu,” kata Zoe Schiffer dari Platformer dalam ciapannya pada Ahad.

Ciapan Crawford pernah menjadi tular selepas Musk mengambil alih Twitter apabila mendakwa pekerja kadang-kadang perlu #SleepWhereYouWork untuk memenuhi tarikh akhir bagi menyelesaikan tugasan mereka.

Musk tahun lalu memberhentikan lebih 3,700 pekerja Twitter, atau separuh daripada tenaga kerja syarikat itu, dalam usaha mengurangkan kos susulan pengambilalihan media sosial itu yang bernilai AS$44 bi­lion (RM197.05 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN