Tawaran pakej jalur lebar tetap RM69 sebulan

Tawaran pakej jalur lebar tetap RM69 sebulan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan menurunkan kos sara hidup, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Beliau berkata, pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had (unlimited data) dengan harga hanya RM69.00 sebulan.

Ia akan mula ditawarkan pada Mac 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Harga pakej yang ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.00 bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi berkata, pakej itu adalah kerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro.

“Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalan memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN