Tan Sri Zainun Ali dilantik pengerusi Malaysia Airports - Utusan Malaysia

Tan Sri Zainun Ali dilantik pengerusi Malaysia Airports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 17 Februari 2023. 

Zainun adalah nama yang tidak asing dalam kumpulan kerana beliau pernah menerajui syarikat dari 18 Januari 2019 hingga 11 Ogos 2020.

Malaysia Airports dalam kenyataan berkata, sebelum berada dalam dunia korporat, beliau merupakan ahli Badan Kehakiman Malaysia dan bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2018. 

“Kerjaya cemerlangnya di kerusi mahkamah menyaksikan beliau menjatuhkan beberapa penghakiman penting yang telah memberi kesan kepada perundangan Malaysia.

“Beliau memiliki Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Cambridge, United Kingdom.

 

“Pada masa ini, beliau juga memegang jawatan Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pengarah dengan Allianz Malaysia Berhad (AMB) dan Perunding di firma guaman Zain & Co.,” katanya.

 

Zainon juga pernah menjadi hakim di Tribunal Pentadbiran Bank Pembangunan Islam Jeddah dan merupakan penimbang tara berdaftar di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).

 

Beliau menganggotai Lembaga Penasihat Rangkaian Integriti Kehakiman Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan merupakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.