Pendapatan Kumpulan THP meningkat kepada RM881.2 juta

Pendapatan Kumpulan THP meningkat 15.8 peratus kepada RM881.2 juta

MOHAMED ZAINURIN MOHAMED ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP) terus menunjukkan prestasi positif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, dengan keuntungan bersih sebanyak RM87.9 juta berbanding RM101.5 juta tahun sebelumnya.

Pendapatan Kumpulan meningkat 15.8 peratus kepada RM881.2 juta daripada RM760.8 juta pada tahun 2021.

“Prestasi baik itu disokong oleh purata harga realisasi yang lebih tinggi bagi Minyak Sawit Mentah (MSM), Isirung Sawit (PK) dan Buah Tandan Segar (BTS) yang masing-masing meningkat sebanyak 18.9 peratus, 4.2 peratus dan 21.5 peratus serta volum jualan MSM dan PK yang lebih tinggi walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar,” katanya dalam kenyataan.

THP berkata, bagi suku keempat (S4 TK2022), keuntungan bersih Kumpulan meningkat 265.6 peratus kepada RM35.3 juta, disumbang oleh perubahan nilai saksama aset biologi dan perhutanan yang lebih tinggi berbanding RM9.6 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Jelasnya, pendapatan suku keempat bagaimanapun menurun sebanyak 11.4 peratus kepada RM219.3 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh purata harga realisasi yang lebih rendah bagi MSM, PK dan BTS pada suku dilaporkan.

Mengulas perkemmbangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif THP, Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata, pelan transformasi Kumpulan telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan pelbagai inisiatif penciptaan nilai yang memberi penekanan kepada pengukuhan operasi, pengurusan kos yang efektif dan sustainabiliti.

Beliau berkata, usaha dan daya tahan semua kakitangan telah meningkat dengan ketara dan membuahkan hasil yang positif, mengurangkan cabaran semasa dan meletakkan Kumpulan di landasan yang betul untuk pemulihan.

“Ahli Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak 3.0 sen sesaham bagi TK2022, terdiri daripada dividen interim sebanyak 1.5 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 1.5 sen sesaham.

“Ini kerana, kami percaya Kumpulan berada dalam kedudukan yang lebih baik hasil daripada pelan transformasi dan sebagai penghargaan kepada sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pemegang saham walaupun tiada dividen sejak 2018.” kata beliau.

THP menjangkakan harga minyak sawit kekal pada paras semasa pada suku pertama 2023 memandangkan kekurangan minyak boleh makan dunia dan impak kekurangan buruh yang belum selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN