MRCB labur bina pusat TVET berkaitan pembinaan

MRCB labur bina pusat TVET berkaitan pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) akan melabur membangunkan pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membuktikan komitmennya untuk memupuk bakat dalam pembinaan bagi generasi akan datang di negara ini.

Menurut kenyataannya, MRCB akan bekerjasama dengan institusi akreditasi dan pembangunan kemahiran industri seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Akademi Binaan Malaysia.

Katanya, ini bagi meningkatkan program berkaitan pembinaan di pusat TVET dan mewujudkan program TVET yang disesuaikan dan peningkatan kemahiran untuk anak muda Malaysia.

“Program-program ini akan memberi tumpuan khusus kepada pembinaan modular, kaedah pembinaan mampan yang mengurangkan sisa dan pelepasan karbon, sambil mengurangkan pergantungan industri kepada buruh asing.

“Dengan melabur dalam program yang mempertingkatkan TVET ini, MRCB bukan sahaja akan memastikan bahawa akan mempunyai kumpulan bakat yang mantap untuk memudahkan pengembangannya ke dalam pembinaan modular, tetapi ia juga akan membantu mengembangkan tenaga kerja mahir industri pembinaan.

“Ini juga menyokong peralihan penting ini kepada lebih inovatif dan kaedah pembinaan mampan,”kata syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, MRCB berkata, program TVET pembinaan modular baharu yang kan meningkatkan kecekapan dan membangunkan tenaga kerja sedia pasaran tersebut akan melibatkan beberapa disiplin termasuk, teknologi konkrit, teknologi acuan dan kemasan senibina.

“Turut ditawarkan adalah kerja mekanikal (memadam kebakaran, lif dan eskalator, penyaman udara dan pengudaraan, paip), kren dan jentera berat, teknologi kimpalan, ‘wet trades’ dan kerja pertukangan dan teknologi maklumat dalam pembinaan.

“MRCB juga menawarkan program keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, program bangunan hijau dan mampan, penyelia tapak pembinaan bertauliah, penyelia keselamatan bertauliah, eksekutif pengurusan fasiliti, pengurus pengurusan fasiliti dan pengurus projek pembinaan bertauliah,” ujarnya.

Tambahnya, inisiatif TVET baharu ini tersebut  adalah tambahan kepada kerjasama sedia ada MRCB dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Penjara Malaysia, dalam program yang Peluang Kedua Anda (PEKA).

Katanya, PEKA menyediakan latihan, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan untuk pesalah terpilih yang berada di hampir menamatkan hukuman penjara.

“Program ini direka bentuk untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pesalah dan pesalah yang berisiko rendah yang dipilih oleh Jabatan Penjara Malaysia, yang dikenali sebagai Orang DiSelia (ODS), dan menyediakan pekerjaan untuk mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat.

Program ini telah memberi manfaat kepada 350 banduan setakat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 mengumumkan Petronas, DRB Hicom, Sunway, MRCB dan bank-bank akan mengambil alih program latihan TVET sebagai usaha memperkasa kerjasama antara awam dan swasta.

Petronas akan menerajui program latihan TVET dalam kluster minyak dan gas di Pengerang, Kimanis, Batu Rakit dan Miri; DRB Hicom bagi kluster automotif di Pekan; Sunway bagi kluster perhotelan dan MRCB bagi kluster pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN