MISC terima dua kapal pembawa LNG generasi baharu

MISC terima dua kapal pembawa LNG generasi baharu

MISC dijangka raih keuntungan bersih lebih tinggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC telah menerima dua kapal pengangkut cecair gas asli (LNG) generasi baharu iaitu Seri Damai dan Seri Daya.

Pembawa LNG 174,000 meter padu itu dilengkapi dengan teknologi pintar dan mampan dibina untuk MISC oleh Samsung Heavy Industries Co., Ltd. (SHI).

Pembawa LNG baharu itu akan disewakan untuk jangka panjang kepada anak syarikat milik penuh ExxonMobil, SeaRiver Maritime LLC (SRM) dan akan diuruskan oleh Eaglestar Shipmanagenent (S) Pte.Ltd ( Eaglestar).

Presiden MISC dan Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan, Kapten Rajalingam Subramaniam berkata, ketibaan Seri Damai dan Seri Daya menandakan permulaan tahun yang kukuh dan peristiwa penting dalam perkongsian MISC dengan SeaRiver Maritime.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SeaRiver Maritime atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap keupayaan kami.

“Penghargaan saya ditujukan kepada pembina kapal kami, Samsung Heavy Industries, pasukan pengurusan projek dalaman perniagaan Eaglestar, Gas Assets & Solutions (GAS), Class Society ABS dan semua rakan kongsi yang terlibat dalam pembinaan kapal serba canggih itu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SeaRiver Maritime, Inc., Kostelnik berkata, kapal Seri Daya dan Seri Damai merupakan peristiwa penting dalam hubungan antara SeaRiver Maritime, MISC dan SHI.

“Itu langkah kehadapan Kumpulan dalam menyokong masa depan sifar bersih sementara pihaknya menambah pembawa LNG moden dan cekap tenaga untuk menyokong ExxonMobil mengembangkan perniagaan LNG,”katanya.

MISC ialah salah satu daripada pemilik-pengendali tunggal terbesar pembawa LNG di dunia, dengan reputasi mantap dalam kecemerlangan operasi keseluruhan, kebolehpercayaan, keselamatan dan hantaran kargo tepat pada masanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN