PETALING JAYA: Program Amalan Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps telah mendorong seramai 110,000 pelajar dan guru sekolah menengah ke arah kehidupan sihat. Program yang menerima sokongan Kementerian Pendidikan itu telah melabuhkan tirainya dengan pengumuman pemenang dalam majlis penutup yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Pelajar) Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainudin Mohamad dan Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Lavinia Anthony. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru,…










