Fernleaf perluas rangkaian produk sokong fungsi usus

Fernleaf perluas rangkaian produk sokong fungsi usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik.

Fungsi usus terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita.

Menjelaskan kepentingan adanya probiotik dalam diet harian, Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., Liew Yen Lee berkata, sebanyak 70 peratus daripada imuniti badan tertumpu di dalam usus, yang sentiasa terdedah kepada ‘musuh’ luaran seperti bakteria, virus dan bahan asing lain.

Katanya, adalah sangat penting untuk kita memiliki persekitaran usus yang baik demi menyokong sistem pertahanan badan yang kuat, yang perlu bersedia untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

“Apabila kita jatuh sakit, bakteria yang tidak baik mengambil peluang untuk membiak dalam badan kita. Pengambilan probiotik secara kerap membantu meningkatkan fungsi usus dan memastikan bakteria yang baik dalam usus kita berada di tahap yang sihat supaya badan dapat mewujudkan semula keseimbangan semula jadi dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan normal,” katanya dalam kenyataan.

Dalam usaha menyokong fungsi usus yang sihat bagi pengguna Malaysia, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Fonterra bekerjasama dengan pakar probiotik terkemuka daripada Chr. Hansen untuk menghasilkan minuman susu kultur probiotik+ Fernleaf.

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia Fonterra, Megawati Suzari menjelaskan, kebaikan daripada tiga jenis probiotik yang digunakan dalam minuman susu kultur itu disokong oleh sains, dan telah dikaji dengan teliti dalam banyak kajian saintifik, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.

“Sebagai jenama keluarga, Fonterra berusaha untuk menyokong fungsi usus bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila usus anda berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja membantu mengekalkan sistem pertahanan badan yang baik, tetapi juga menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan penghadaman serta penyerapan nutrien yang berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN