Facebook berjaya ketepikan saman berjumlah AS$3.7 bilion

Facebook berjaya ketepikan saman berjumlah AS$3.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Facebook semalam berjaya mengetepikan sementara tuntutan saman berjumlah £3 bilion (AS$3.7 bilion / RM16.38 bilion) atas dakwaan gergasi media sosial itu menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mempergunakan data peribadi pengguna (untuk membuat untung).

Walau bagaimanapun, Mah­kamah Tribunal London memberikan tempoh selama enam bulan kepada peguam penuntut untuk mengemukakan bukti baharu dan sebarang kerugian yang didakwa oleh pengguna, lapor Reuters.

Meta Platforms Inc, syarikat induk kumpulan Facebook, menghadapi tindakan mahkamah besar-besaran yang difailkan oleh ahli akademik undang-undang, Liza Lovdahl Gormsen, bagi pihak kira-kira 45 juta pengguna Facebook di Britain.

Tuntutan itu mendakwa, pengguna Facebook tidak diberi pampasan sewajarnya untuk nilai data peribadi yang perlu mereka sediakan bagi menggunakan platform berkenaan.

Peguamnya bulan lalu meminta Tribunal Rayuan Persai­ngan untuk mengesahkan kes di bawah rejim prosiding kolektif United Kingdom (UK), yang secara amnya menyamai rejim tindakan di AS.

Mahkamah Tribunal bagai­manapun memutuskan bahawa metodologi Lovdahl Gormsen untuk menetapkan sebarang kerugian yang dialami oleh pengguna Facebook memerlukan “penilaian semula” bagi membolehkan kes diteruskan.

Hakim Marcus Smith memberi peguam Lovdahl Gormsen tempoh enam bulan untuk “memfailkan bukti tambahan baharu dan yang lebih baik bagi membolehkan perbicaraan yang berkesan (dijalankan).”

Jurucakap Meta berkata, syarikat itu mengalu-alukan keputusan tersebut dan merujuk kepada kenyataannya sebelum ini bahawa tuntutan yang difailkan “tanpa merit sepenuhnya.”

Jurucakap Lovdahl Gormsen pula enggan mengulas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN