ELK-Desa catat PBT berjumlah RM14.75 juta suku ketiga TK2022

ELK-Desa catat PBT berjumlah RM14.75 juta suku ketiga TK2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ELK-Desa Resources Berhad (ELK-Desa) mencatatkan pertumbuhan untung sebelum cukai (PBT) sebanyak RM14.75 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding RM14.12 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

Pada suku yang sama Kumpulan turut merekodkan pendapatan sebanyak RM39.95 juta daripada RM38.20 juta bagi suku ketiga tahun sebelumnya.

Peningkatan dalam kedua-dua hasil dan keuntungan tersebut disumbang oleh segmen sewa beli yang lebih tinggi.

Bagi sembilan bulan pertama 2022, Kumpulan merekodkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 95 peratus kepada RM53.35 juta daripada RM27.36 juta, dan hasil meningkat 24 peratus  kepada RM114.95 juta daripada RM92.93 juta, tempoh sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan tersebut didorong oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada kedua-dua segmen sewa beli dan perabot Kumpulan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya,Teoh Seng Hee berkata, sumbangan keuntungan luar biasa daripada segmen sewa beli dalam sembilan bulan pertama adalah lebih baik daripada jangkaan.

Katanya, faktor utama ialah pembalikan elaun susut nilai ke atas penghutang sewa beli pada separuh pertama tahun kewangan, namun tidak menjangkakan trend pembalikan tersebut akan berterusan pada masa hadapan.

“Kami masih mengambil kira cabaran yang kekal dalam landskap operasi. Ini termasuk peningkatan kos sara hidup yang akhirnya boleh memberi kesan kepada pendapatan boleh guna peminjam dan keupayaan pembayaran balik mereka,” katanya dalam kenyataan.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata, ELK-Desa akan terus membawa portfolio sewa beli syarikat ke tahap sebelum pandemik.

“Pada masa yang sama, kami tetap berhati-hati untuk melindungi kualiti aset dengan terus berhemat dalam pemberian pinjaman dan pengurusan kos semasa berada teguh pada usaha pemulihan kredit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN