Eksport sarung tangan getah dijangka RM23 bilion pada 2023 - Utusan Malaysia

Eksport sarung tangan getah dijangka RM23 bilion pada 2023

DR. SUPRAMANIAM SHANMUGAM (lima dari kiri) pada Program Sesi Teh Tarik menganai Peluang Pelaburan di Kedah Rubber City di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), KL Sentral di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) mengunjurkan hasil eksport sarung tangan getah meningkat kepada RM23 bilion pada 2023 berbanding kira-kira RM20 bilion pada tahun lalu.

Presiden Margma, Dr. Supramaniam Shanmugam berkata, perkara tersebut sejajar dunia kembali kepada normal, namun masih ke arah pertumbuhan daripada sebelum Covid-19 iaitu pada RM19 bilion pada 2019.

Katanya, permintaan global terdapat sarung tangan getah dijangka pada 300 bilion dengan 9,510 sarung tangan digunakan setiap saat.

“Apa yang baiknya adalah harga jualan purata (ASP) sudah tak semakin menurun seperti dahulu. Sekarang kita sudah dapat melihat pemulihan.

“Walau bagaimanapun, pemulihan tersebut adalah sedikit perlahan dan kami menjangkakan pemulihan ini akan dapat dilihat pada separuh kedua 2023.

“Ini kerana inventori di gudang dan pengedar akan habis atau luput pada masa itu dan ini akan meningkatkan permintaan pada kilang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sesi Teh Tarik mengenai Peluang Pelaburan di Kedah Rubber City di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), KL Sentral, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, inventori lama dijangka susut atau luput menjelang akhir tahun ini, sekali gus mendorong pembelian daripada pedagang dan pengguna akhir akan pulih menjelang akhir 2023 dan awal 2024.

“Pemain industri yang berpengalaman sudah mula menjimatkan tunai mereka dengan menjual pada tahap yang minimal bagi menyokong pelanggan tetap mereka sejajar dengan pemulihan harga sejak akhir 2022.

“Syarikat yang masih menjual pada harga yang merugikan pada 2023 mungkin akan berdepan masalah untuk mengekalkan keseimbangan antara kualiti dan harga.

“Penyatuan dalam industri akan berlaku dan ini akan mengurangkan kapasiti pengeluaran global pada 2023 yang seterusnya memberi kelebihan kepada pemain industri yang masih aktif,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya