NanoMalaysia, NanoQuartz dan XMU Jiageng jalin kerjasama

BICEP: NanoMalaysia, NanoQuartz dan XMU Jiageng jalin kerjasama

CHANG Lih Kang menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara NanoMalaysia, NanoQuartz dan XMU Jiageng Education Development.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: NanoMalaysia Berhad (NMB), agensi peneraju di Malaysia bagi pengkomersialan nanoteknologi dan penyelesaian termaju, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NanoQuartz Sdn. Bhd. dan
XMU Jiageng Education Development Sdn. Bhd. untuk bekerjasama dalam Program Ekonomi Kitaran Inovasi Biojisim (Biomass Innovation Circular Economy Programme (BICEP).

NMB berkata, objektif MoU itu adalah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama tiga hala yang sedang berjalan dalam Program Ekonomi Kitaran Inovasi Biojisim (BICEP) antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), NanoMalaysia dan Universiti Xiamen Malaysia.

Katanya, menerusi kerjasama yang menyeluruh itu, projek NanoMalaysia dikenali sebagai “Penghasilan Grafin & Rantaian Bekalan Hidrogen Hijau daripada Biometana” akan membolehkan pengeluaran grafin dan hidrogen hijau dengan memecahkan metana daripada sisa pertanian menggunakan teknologi plasma gelombang mikro termaju.

“Usaha itu menyokong ekosistem aplikasi hiliran dan memenuhi permintaan pengeluar yang semakin meningkat dalam penyimpanan tenaga, penukaran tenaga, pemangkinan, tenaga solar dan perlindungan alam sekitar yang digerakkan bersama dengan program dan inisiatif sektor yang berkaitan oleh NanoMalaysia,” katanya dalam kenyataan.

Majlis menandatangani MoU itu turut dihadiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif NMB, Dr. Rezal Khairi Ahmad, Penarah NanoQuartz Sdn. Bhd., Dr. Daniel Bien dan Presiden Universiti Xiamen Malaysia, Prof. Dr. Wang Ruifang.

Dalam ucapannya, Lih Kang berkata, apabila peralihan kepada ekonomi kitaran menjadi salah satu agenda utama Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan inisiatif utama MOSTI tahun 2023 adalah untuk menyediakan
penyelesaian untuk daya tahan iklim, maka BICEP akan menerajui pembangunan teknologi strategik dan inovasi dengan mendorong pengkomersialan bahan mentah bernilai “sisa yang berharga” untuk menjadi hab biojisim terkemuka di rantau ini.”

Kata beliau, dengan status Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dan penyumbang industri biojisim terbesar di dunia, negara menghasilkan anggaran 168 juta tan biojisim dan daripada jumlah ini, lebih 80 juta tan dihasilkan oleh industri minyak sawit.

“Industri biojisim mempunyai potensi besar di rantau ini. Pasaran tenaga biojisim Asia Pasifik dijangka berkembang pada CAGR sebanyak 6.35 peratus daripada segi hasil dan 6.22 peratus daripada segi jumlah mulai tahun 2023 hingga 2030, dengan memperoleh bahagian hasil sebanyak RM226.07 bilion menjelang tahun 2030,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya