Bajet 2023: Kerajaan perlu fokus sektor pertanian

Bajet 2023: Kerajaan perlu fokus sektor pertanian

SEKTOR pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 0.8 peratus, disebabkan peningkatan dalam indeks penanaman tanaman kekal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan disaran menambah peruntukkan untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi merancakkan lagi sektor pertanian negara pada pembentangan Bajet 2023, 24 Februari ini.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPM) Perak, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah berkata, menerusi peruntukan yang besar, sektor pertanian dan penternakan negara dapat dimajukan untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.

Menurutnya, apatlah lagi  ketika ini kebimbangan rakyat mengenai sekuriti makanan merupakan antara isu yang harus menjadi penekanan oleh kerajaan.

“Peruntukkan dalam sektor pertanian dan ternakan di bawah Kementerian Pertanian harus ditambah kerana hari ini sudah ramai yang terlibat dalam sektor ini terutama orang muda.

“Industri pertanian negara tidak lagi berasaskan kepada pertanian secara tradisional tetapi menerusi penglibatakan tenaga muda profesional, mereka menggunakan teknologi moden.

“Adalah penting untuk kerajaan menyediakan peruntukkan yang lebih besar kepada golongan ini agar lebih ramai usahawan muda dibantu, sekalipun memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

“Kita bercakap soal bekalan ayam tak cukup, telur tak cukup tapi apa yang kita patut buat?

“Jadi perbanyakkan penglibatan usahawan tani apatah lagi setiap kali pembentangan Bajet, fokus utama ialah menyokong sektor perusahaan kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang kepada penggerak ekonomi di bidang pertanian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, aspek lain yang cukup penting dalam memastikan sektor pertanian terus kukuh ialah latihan dan kemahiran untuk usahawan tani kerana bidang itu sendiri semakin menuntut penggunaan teknologi tinggi.

Beliau berkata, dalam perkara ini, kerajaan perlu mengkaji semula pusat-pusat latihan pertanian sama ada di bawah Kementerian Pertanian atau di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan hanya kursus yang benar-benar memberi manfaat dan diperlukan oleh golongan sasar dilaksanakan.

“Perlu ada satu pusat pangkalan data yang tersusun dan lengkap tentang keperluan kepada pasaran, jangan hanya sekadar membuat latihan.

“Kita tidak mahu banyak peruntukkan dibelanjakan untuk mengadakan latihan kemahiran tetapi tidak mencapai sasaran, pastikan peruntukkan sampai kepada kumpulan sasar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN